Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan telefilem menarik berjudul Ustaz G Major yang diarahkan oleh Issey Fazlisham. Telefilem ini dijadualkan untuk siaran pada 7 Jun, tepat pukul 10 malam hanya di Astro Ria yang pastinya akan membuatkan anda terpaku di hadapan televisyen.
Ustaz G Major
Waktu Siaran: Sabtu, 7 Jun 2025, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro One / sooka
Pengarah: Issey Fazlisham
Produksi: Red Bean Productions
Senarai Pelakon Dan Watak
Khai Bahar sebagai Paan
Amira Othman sebagai Sharifah
Kimal Mokhtar
Issey Fazlisham
Ustaz Kazim Elias
Kamarool Hj Yusoff
Sabri Yunus
Amy Nur Tinie
Sinopsis Ustaz G Major
Pa’an merupakan seorang rockstar yang terkenal dengan gelaran 'rockstar sejati'. Namun, kehidupannya mengambil jalan yang berbeza apabila dia terpaksa meninggalkan dunia muzik yang sangat dicintainya.
Dengan pelbagai cabaran dan kisah yang mencuit hati, Pa’an kini melangkah ke negeri Terengganu untuk memenuhi peranan baharunya sebagai seorang guru. Perubahan drastik dalam hidupnya ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu, tetapi juga menguji kemampuan dan kesabarannya dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka.
Sepanjang perjalanan baharunya sebagai guru, Pa’an mula menemui makna sebenar kehidupan dan pentingnya memberikan ilmu kepada generasi muda. Saksikan bagaimana seorang bekas rockstar menghadapi dunia baru dan bagaimana dia akhirnya dapat mengimbangi kedua-dua dunia yang berbeza ini. Telefilem ini menjanjikan hiburan serta pengajaran hidup yang bermakna.