Nantikan drama adaptasi yang dinanti-nantikan, Thariq Ridzuwan: His Treasure, diangkat dari novel karya Huda Najwa. Akan datang di slot DramaVaganza Astro Ria, drama ini diterbitkan oleh MIG Production dan diarahkan oleh Eyra Rahman. Menampilkan pelakon berbakat Meerqeen dan Qasrina Karim sebagai peneraju utama.
Thariq Ridzuwan: His Treasure
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 23 Julai 2025
Waktu Siaran: Rabu - Khamis, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro One / sooka
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: MIG Production Sdn Bhd
Senarai Pelakon Dan Watak
Meerqeen sebagai Thariq Ridzuwan
Qasrina Karim sebagai Husniya Radwa
Evertts Gomes sebagai Farez
Thompson Goh sebagai Kevin
Noki K-Clique sebagai Tengku Adrean
Afiq Hamidon sebagai Tengku Daniel
Edaman Othman sebagai Megat Hafiz
Darien Aeldra sebagai Haider
Nazia Mustafar sebagai Rozita
Sharifah Zarina sebagai Datin Tiana
Rashdan Baba sebagai Dato Tizz
Jay Iskandar sebagai Razi
Razzuan Rosli sebagai Lee
Nasuha Sulaiman sebagai Thalia
Hakimi Noordin sebagai Zafir
Mia Sarah sebagai Aina
Faa Zaini sebagai Maria
Sinopsis Thariq Ridzuwan: His Treasure
Thariq Ridzuwan merupakan seorang tentera yang berkhidmat dalam unit khas dengan pangkat leftenan. Dia selalu tenang dan positif dalam menghadapi pelbagai cabaran yang datang. Namun, di sebalik ketenangan wajah Thariq, tersembunyi seribu penyesalan dan rasa bersalah terhadap seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya.Husniya Radwa, seorang gadis yang dikenal dengan sifat dingin dan kasarnya, sering memberontak dan keras kepala. Sebagai penghidap anxiety dan depression, kehidupannya jauh dari mudah. Saat orang lain mendapat sokongan keluarga, Husniya hanya mampu bergantung kepada kasih sayang sahabat-sahabat.
Kehadiran semula Thariq dalam hidup Husniya setelah lima tahun berpisah menambahkan kekalutan dalam hidupnya. Jiwanya makin tidak tenteram apabila orang sekeliling sentiasa memandang serong kerana sikap dinginnya.
Perkahwinan mereka sering ditimpa dugaan, baik dari orang sekeliling mahupun keluarga sendiri. Sementara Thariq tetap dengan sikap tenangnya tetapi menyimpan rahsia besar, Husniya pula berjuang dengan penyakitnya yang menyebabkan dia hilang kawalan. Campur tangan keluarga dalam rumah tangga mereka hanya merumitkan lagi keadaan.
Adakah Thariq mampu melindungi isterinya daripada ancaman orang yang ingin menjatuhkannya? Mampukah dia mempertahankan perkahwinan mereka, atau adakah ikatan mereka akan berakhir di tengah jalan?