Telefilem Joie De Vivre

Posted on by
Telefilem Joie De Vivre - Imej utama
Nantikan telefilem istimewa bertajuk Joie De Vivre yang akan disiarkan sempena sambutan Hari Bapa. Jangan lepaskan peluang untuk menontonnya pada 15 Jun ini, hari Ahad, tepat jam 9:30 malam di saluran TV Okey.

Joie De Vivre

Waktu Siaran: Ahad, 15 Jun 2025, 9:30 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Mohd Shaiful Zainul / Azmi Ariff
Pengarah: Mohd Shaiful Zainul / Azmi Abdul Karim
Produksi: New Dimension Sdn Bhd
Pelakon: Azhan Rani, Fadhli Masoot, Vanida Imran

Sinopsis Joie De Vivre

Mengisahkan perjalanan seorang anak yang berusaha keras untuk mencari penawar bagi menyembuhkan penyakit ibunya yang semakin meruncing. Dalam usaha yang penuh cabaran dan pengorbanan ini, dia bertekad untuk merentasi benua demi menjejakkan kaki ke Romania, sebuah negara yang jauh dan asing baginya.

Di Romania, pelbagai pengalaman baru ditempuhinya, bertemu dengan pelbagai insan yang tanpa disangka-sangka menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya. Dalam pencarian ini, bukan sahaja cabaran fizikal yang dihadapi, tetapi juga cabaran emosi yang meruntun jiwa.

Akhirnya, dalam perjalanannya yang penuh liku, dia tidak hanya menemui penawar untuk ibunya, tetapi juga menemui ayahnya yang telah lama hilang dari hidupnya. Pertemuan ini membuka lembaran baru dalam hidup mereka sekeluarga, dan membawa makna baru tentang makna sebenar 'Joie De Vivre' atau 'Kegembiraan Hidup'.