Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34)
Posted on
by Infotaip
Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang dinanti-nantikan akan berlangsung pada 1 November 2025. Acara ini dijadualkan bertempat di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media, dan siaran langsungnya boleh ditonton melalui saluran RTM TV2 serta platform YouTube FINAS, tepat pada jam 9 malam. Acara berprestij ini akan dikemudikan oleh dua hos terkenal, Datuk Afdlin Shauki dan Che Puan Sarimah Ibrahim. Malam itu bakal diserikan dengan persembahan hebat daripada barisan artis ternama seperti Noki, MK K-Clique, Man Bai, Mohar, Zizi Kirana, Tony Eusoff, Nadia Aqilah, Shila Amzah, Azlan Typewriter, Ziana Zain, dan Misha Omar.
Sebanyak 25 kategori anugerah akan dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia ke-34 ini. Bagi kategori paling berprestij, Filem Terbaik, lima filem telah disenarai pendek sebagai calon utama iaitu "Blood Brothers: Bara Naga," "Babah," "Reversi," "Takluk: Lahad Datu," dan "Soloz: Game of Life." Pemenang bagi kategori ini akan dihadiahkan dengan Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta.
Senarai Pemenang FFM34
Filem Terbaik Babah (Nads Media Entertainment)
Pengarah Terbaik Syafiq Yusof & Abhilash Chandra (Blood Brothers: Bara Naga)
Pengarah Harapan Shah Faizul (Babah)
Cerita Asal Terbaik Nadia Nadzri (Babah)
Lakon Layar Terbaik Wan Rafiq (Babah)
Pelakon Lelaki Terbaik Qi Razali (Babah)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly (Blood Brothers: Bara Naga)
Pelakon Lelaki Harapan Amir Ahnaf (Kahar: Kapla High Council)
Pelakon Wanita Terbaik Sweet Qismina (Babah)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Ellie Suriaty (Telaga Suriram)
Pelakon Wanita Harapan Michelle Lungan (Tegkang)
Anugerah Khas Karyawan Hassan Muthalib
Anugerah Khas Sepanjang Zaman Dato' Ahmad Tamimi Siregar
Anugerah Khas Juri 2 Takluk: Lahad Datu (Multimedia Film Production Sdn Bhd)
Anugerah Khas Juri 1 Ejen Ali The Movies 2 (Wau Animation & Primeworks Studios)
Aksi & Lagak Ngeri Terbaik Defenderz Action Team (Blood Brothers: Bara Naga)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Puteri Rafasya (Telaga Suriram)
Penyunting Terbaik Ariff Aiman Azahar, Nazifdin Nasrudin & Syafiq Yusof (Soloz: Game Of Life)
Sinematografi Terbaik Nicholas Chin (Blood Brothers: Bara Naga)
Penataan Seni Terbaik Wan Zulkifli Wan Salleh (Kulit Wayang)
Skor Muzik Asal Terbaik Soloz: Game Of Life - Muhammad Zaiff Sharqil, Donald Bangkong, Teoh Eng Hooi, Azri Yunus, Mohammad Raziz, Mohd Idham, Megat Sazali & Ahmad Huzai
Penataan Bunyi Terbaik Mohsin Othman & Technica Studios (Soloz: Game Of Life)
Lagu Tema Terbaik Bara jiwa - Azlan & The Typewriter & Muzza (Blood Brothers: Bara Naga)
Dokumentari Terbaik Rindu Tak Berpenghujung (Media Prima Berhad)
Filem Pendek Terbaik Saranghae (Rastech Worldwide Sdn Bhd)
Rekaan Kostum/Busana Terbaik Farah Syaliq (Mencari Ramlee)
Tatarias/Solekan Terbaik Ella Sandera (Takluk: Lahad Datu)
Kesan Khas Visual Terbaik Jehcob & Sam (Soloz: Game Of Life)
Poster Terbaik Tegkang (Arst)
Filem Box Office Blood Brothers: Bara Naga (Skop Productions Sdn Bhd)