Nantikan drama bersiri menarik, "Satu, Dua...Dia?", yang akan mula menemui penonton di platform penstriman Viu bermula 23 Oktober 2025. Drama ini diarahkan oleh pengarah berbakat, Yusry Abdul Halim, dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Barisan pelakon utama termasuklah Erysha Emyra, Ariel Fesol, Zarif Ghaz, Afiq Hamidon dan Rizal Rasid.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton siri 15 episod ini, yang akan disiarkan setiap Khamis dan Jumaat di Viu. Anda boleh memuat turun aplikasi Viu di App Store, Google Play, Huawei AppGallery, atau terus menonton di laman web www.viu.com.

Satu, Dua...Dia?
Episod: 15
Mula Tayangan: 23 Oktober 2025
Hari Siaran: Khamis & Sabtu
Platform Penstriman: Viu
Penulis Skrip: Liza Nur & Syarul Akmal
Pengarah: Yusry Abdul Halim
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Senarai Pelakon Dan Watak
Erysha Emyra sebagai Mia
Ariel Fesol sebagai Isa / Haikal
Zarif Ghazzi sebagai Jay
Afiq Hamidon sebagai Rayyan
Rizal Rasid sebagai Mal
Fimie Don sebagai Isaac
Nasz Sally sebagai Munirah
Atilia Haron sebagai Rania
Arash Mohd sebagai Syed
Qistina Khaled sebagai Anis
Rasya Dean sebagai Sarah
Malle Christian sebagai Jaja
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Bujang
Artis: Alpha
Komposer: MFMF, Hael Husaini
Lirik: MFMF, Hael Husaini
Sinopsis Satu Dua Dia
Kisah "Satu, Dua...Dia?" berkisar tentang Mia, yang dilakonkan oleh Erysha Emyra, seorang pelajar kolej yang menjalani kehidupan berganda sebagai penulis blog gosip terkenal dengan nama pena "Ma Belle". Kehidupannya dilihat sempurna, tetapi di sebalik itu, dia sentiasa mengejar klik dan populariti di dunia maya.
Demi mencapai impian tersebut, Mia menulis artikel sensasi mengenai Isa, vokalis utama kumpulan RIV4L, yang dilakonkan oleh Ariel Fesol. Namun, tindakan tergesa-gesa ini mengundang padah apabila Isa mengambil langkah undang-undang terhadapnya. Menyedari kesilapannya, Mia berusaha untuk membetulkan keadaan dengan menyusup masuk ke dalam dunia RIV4L untuk membersihkan nama Isa.
Sepanjang usahanya, Mia mula melihat sisi sebenar Isa, seorang bintang yang menyimpan rahsia besar. Hubungan antara mereka menjadi rumit apabila Mia sedar bahawa rahsia yang tersembunyi itu berpotensi memusnahkan karier Isa sendiri. Dengan masa yang semakin suntuk, mampukah Mia membantu Isa sambil menjaga identitinya? Saksikan kesudahan cerita ini dalam "Satu, Dua...Dia?".