Jangan lepaskan peluang untuk menonton telefilem bertajuk "Sagon Tumbuk" yang menampilkan lakonan mantap dari Fauziah Nawi dan Nad Zainal. Telefilem ini akan menemui penonton pada 10 Mei, Sabtu tepat pukul 9 malam di Panggung RTM TV1.
Sagon Tumbuk
Waktu Siaran: Sabtu, 10 Mei 2025, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Noy Ibrahim
Pengarah: Dato Jurey Latiff Rosli
Produksi: Illusion Maya Sdn Bhd
Pelakon: Fauziah Nawi, Nad Zainal, Rosnah Johari, Puteri Awani, Reza Hasbi
Sinopsis Sagon Tumbuk
Nek Pa merupakan seorang ibu tunggal yang sangat tabah menghadapi kehidupan. Walau bagaimanapun, hidupnya diuji apabila dia menjadi mangsa kepada fitnah dan dendam yang telah menyebabkan dia dijauhi oleh anak kesayangannya, Murni.Dalam keadaan yang penuh tekanan dan salah faham, Murni mengambil keputusan untuk mengurung Nek Pa. Malangnya, tindakan ini diambil terlalu lewat kerana kebenaran akhirnya terbongkar.
Nek Pa menghembuskan nafas terakhirnya dengan meninggalkan Murni dalam keadaan menyesal yang tidak terhingga, membawa kesedihan yang tidak dapat diluahkan dan pengajaran berharga tentang nilai kebenaran dan kasih sayang dalam keluarga.