Jangan lepaskan peluang untuk menonton telefilem menarik berjudul Resipi Magis Bonda yang dibintangi oleh Eyka Farhana. Ia akan disiarkan pada hari Khamis, 26 Mac ini tepat pada pukul 10 pagi di saluran Astro Ria.
Resipi Magis Bonda
Waktu Siaran: Khamis, 26 Mac 2026, 10:00 pagi
Saluran: Astro Ria 104
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: FJ Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Eyka Farhana, Aniq Suhair, Jasper Supayah, Sera Melissa, Catriona Ross
Sinopsis Resipi Magis Bonda
Alia seorang pembuat kek moden yang sedang dilanda masalah di kedainya. Dia memutuskan untuk pulang ke kampung halamannya dalam usaha mencari resipi kuih tradisional yang pernah dimiliki oleh arwah ibunya.
Namun, dia mendapati bahawa membuat kuih Melayu bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia bukan sekadar mengikuti resipi semata-mata. Ia memerlukan lebih daripada itu, iaitu menanamkan jiwa dan rasa dalam setiap juadah yang disediakan.
Perjalanan Alia dalam menjejaki resipi magis tersebut mengajarnya banyak perkara tentang kehidupan, warisan keluarganya, dan bagaimana memberi sentuhan peribadi dalam setiap kuih yang dihasilkan.