Raise The Star Malaysia

Posted on by
Raise The Star Malaysia - Imej utama
Program realiti nyanyian terbaharu oleh Astro, 'Raise The Star Malaysia', menjanjikan satu persembahan yang mengagumkan apabila lima komposer terkenal akan berganding bahu dalam usaha mencari lima bakat baharu. Mereka akan mempersembahkan lagu-lagu baharu hasil ciptaan komposer-komposer ini di pentas akhir 'Raise The Star Malaysia'.


Kumpulan komposer yang terlibat terdiri daripada Ajai, Audi Mok, Aina Abdul, Shila Amzah, dan Ikhwan Fatanna. Mereka akan memanfaatkan pengalaman luas, kreativiti, serta pengetahuan mendalam mereka dalam industri muzik untuk mengesan dan membimbing bakat baharu yang unggul.

‘Raise The Star Malaysia’ akan membawakan sebanyak 30 bintang yang telah berjaya melepasi peringkat saringan ujibakat, terdiri dari pelbagai lapisan umur dan latar belakang. Kesemua mereka telah disaring dengan teliti oleh juri-juri berkaliber, termasuk guru-guru vokal, komposer jemputan, dan pihak produksi. Mereka telah melalui dua sesi uji bakat secara digital dan fizikal serta membuktikan kemampuan vokal mereka yang menakjubkan kepada para juri.

Penjurian dalam program ini dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu pemarkahan komposer yang bertindak sebagai juri dan undian daripada pihak umum. Para peserta akan dinilai oleh komposer berdasarkan persembahan mereka dengan markah penjurian melibatkan 80%, manakala 20% lagi akan disumbangkan oleh undian daripada orang ramai.

Program ini akan dihoskan oleh dua pengacara terkenal tanah air, Alif Satar dan Sherry Alhadad. Ia akan bersiaran selama lapan minggu dan dapat disaksikan secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam.

‘Raise The Star Malaysia’ akan mula menemui penonton mulai 22 Jun 2025, setiap Ahad jam 9 malam secara langsung di Astro Ria (Saluran 104), serta boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.

Senarai 30 peserta Raise The Star Malaysia ialah:

Aiman Hakim, Aliff Amie, Amir, Aril Eles, Ayiena, Azren Al Bakri, Bella, Bosswan, Darling, Didie Shazry, Erika Foo, Faysal Saad, Halida Ramlee, Hariz Fayahet, Iqmal Romie, Keka, Khalyn, Maria Effendi, Max Brandon, Melinda Dadew, Nishman, Pasya, Rayme, Scha Nurul, Sharee Lopes, Syaf KaharSyahera, Wanns Ahmad, Zuana, dan ZurY.