Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama bersiri 'Nikmat Hanya Sesaat' yang bakal mula disiarkan di Slot Samarinda TV3 bermula 8 Mei 2025. Drama ini akan menemani anda setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam. Drama ini diterbitkan oleh Art Ornament dan diarahkan oleh pengarah berbakat, Izuan Mokhtar. Penonton akan disajikan dengan lakonan mantap dari pelakon utama seperti Mawar Rashid, Fadlan Hazim, Sherry Ibrahim, dan Arash Mohd. Untuk anda yang tidak sabar, episod terbaru boleh distrim 24 jam lebih awal di Tonton melalui laman web www.tonton.com.my atau dengan memuat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store.
Nikmat Hanya Sesaat
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 8 Mei 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Amin Shakib, Azril Hamzah, Raja Azidah, Shida Zali
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Art Ornament Sdn Bhd
Senarai Pelakon Dan Watak
Mawar Rashid sebagai Sara
Fadlan Hazim sebagai Zafrul
Sherry Ibrahim sebagai Julia
Arash Mohd sebagai Nasir
Lisdawati sebagai Yati
Shasha Abedul sebagai Bella
Danish Hazriq sebagai Remy
Mutalib Mubin sebagai Johnny
Ady Mohammad sebagai Daniel
Raden Zaharatul sebagai Rita
Azman Jantan sebagai Johan
Dayana Roza sebagai Yasmin
Mas Anizan sebagai Mahani
Raja Azmi sebagai Maryam
Mak Wan sebagai Kak Esah
Azhar Amir sebagai Datuk Malik
Liyana Yusuf sebagai Datin Zakiah
Siew Eng sebagai Michelle
Alyyn Tenchen sebagai Mahani
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Jika Masih Ada
Penyanyi: Erra Fazira & Hady Mirza
Komposer & Lirik: Hafiz Hamidun
Sinopsis Nikmat Hanya Sesaat
Sara (Mawar Rashid) adalah seorang wanita muda yang menyimpan rahsia besar dalam hidupnya. Demi menampung kehidupan keluarganya selepas kehilangan bapanya, Sara terpaksa menjalani kehidupan sebagai pelacur kelas atasan. Walaupun kehidupannya dilihat mewah dan penuh glamor hasil daripada 'bimbingan' seorang lelaki bernama Johnny (Mutalib Mubin), namun hatinya tetap merasa kosong dan terbelenggu dalam kegelapan.
Satu hari, takdir menemukan Sara dengan Zafrul (Fadlan Hazim), cinta pertamanya yang kini telah bergelar suami kepada Julia (Sherry Ibrahim). Pertemuan ini membangkitkan kembali rasa cinta yang pernah wujud di antara mereka. Namun, Zafrul tidak mengetahui kehidupan sebenar Sara dan konflik dalaman mula tercetus apabila Sara berada di persimpangan untuk memilih antara menghidupkan kembali cinta lama atau melepaskan segalanya demi mencari ketenangan hakiki.
Keputusan Sara untuk menghadapi masa lalunya akan menentukan perjalanan hidupnya dan membuka lembaran baru dalam pencarian kebahagiaan sejati. Saksikan perjalanan Sara yang penuh dengan dugaan dan emosi dalam drama ini.