Sinopsis filem Mencari Ramlee

Posted on by
Sinopsis filem Mencari Ramlee - Imej utama
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem fiksyen yang diinspirasikan oleh kisah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan tajuk Mencari Ramlee, yang bakal tiba di pawagam pada 19 Jun 2025. Diarahkan oleh Megat Sharizal, filem ini berlatarbelakangkan era 1970-an dan menyoroti peristiwa selepas pemergian seniman agung tersebut. Barisan pelakon hebat seperti Tony Eusoff, Sofia Jane, Mimi Lana, dan Megat Sharizal turut membintangi filem ini dengan penampilan istimewa Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Bront Palarae, Sharifah Amani, dan Vanidah Imran.


Mencari Ramlee

Tarikh Tayangan: 19 Jun 2025
Penulis Skrip: Lepat Hafiz, Megat Sharizal
Pengarah: Megat Sharizal
Produksi: Playground Film Sdn Bhd

Senarai Pelakon Dan Watak

Tony Eusoff sebagai Zakaria
Sofia Jane sebagai Zaiton
Mimi Lana sebagai Yasmin
Megat Sharizal sebagai Yusuf
Han Zalini sebagai Salleh
Abi Madyan sebagai Joned
Azhan Rani sebagai Amran

Sinopsis Mencari Ramlee

Kisah ini bermula pada 30 Mei 1973, sehari selepas pemergian Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, dan membawa kita menyelami kehidupan Zakaria, seorang peniru gaya P. Ramlee. Zakaria bergelut dengan masalah kewangan dan kesukaran memperoleh pekerjaan lantaran populariti P. Ramlee yang semakin merosot ketika itu.

Zakaria turut mempunyai seorang adik bernama Yasmin, yang masih menuntut di universiti. Demi menampung kehidupan mereka, Zakaria terpaksa berhutang dengan seorang gangster tempatan bernama Yusuf.

Suatu hari, Zakaria dibawa ke rumah Yusuf untuk menyelesaikan hutangnya, namun di sana, dia bertemu dengan Zaiton, kakak kepada Yusuf. Zaiton yang menghidapi amnesia, percaya bahawa dia masih hidup di era 50-an dan menyangka Zakaria adalah P. Ramlee yang sebenar. Yusuf melihat peluang ini untuk menggembirakan kakaknya. Zakaria harus menyamar sebagai P. Ramlee untuk melangsaikan semua hutangnya. Dengan berat hati, Zakaria bersetuju.

Tonton video trailer di: https://www.youtube.com/watch?v=mMNzHaDDiiY