Drama Mawar Dahlia

Posted on by
Drama Mawar Dahlia - Imej utama
Nantikan tayangan perdana drama bersiri bertajuk Mawar Dahlia yang bakal menemui anda bermula 30 Mei ini secara eksklusif di iQIYI. Diterbitkan oleh Pencil Pictures & Records dan diarahkan oleh pengarah berbakat, Shamsul Akmal Asmoni, drama ini menampilkan barisan pelakon terkenal termasuklah Wanna Ali, Haidar Hasanudin, dan Zac Zaky.

Mawar Dahlia

Episod: 12
Tarikh Tayangan: 30 Mei 2025
Waktu Siaran: Jumaat - Sabtu, 9 malam
Rangkaian: iQIYI
Penulis Skrip: Sophilea
Pengarah: Shamsul Akmal Asmoni
Produksi: Pencil Pictures & Records

Senarai Pelakon Dan Watak

Wanna Ali sebagai Mawar / Dahlia
Zac Zaky sebagai Daniel
Haidar Hasanudin sebagai Rio
Laura Olivia sebagai Adel
Marissa Yasmin sebagai Maria
Azri Iskandar sebagai Iskandar
Esma Daniel sebagai Raz
Faa Zaini sebagai Reez
Jesse Lim sebagai Stevan
Norlie Tanam sebagai Kak Saba
Fian Ali sebagai Fian

Lagu Tema (OST)

Tajuk : Tentang Jiwa
Penyanyi : Erika Riana
Komposer : Ayu Puteh
Lirik & Lagu : Ayu Puteh & Erika Riana  & Dato Ayu
Penerbit : Pencil Publishing

Sinopsis Mawar Dahlia

Mawar dan Dahlia adalah pasangan kembar yang terpaksa hidup berjauhan seawal usia kecil mereka akibat penglibatan ayah mereka, Iskandar, dalam dunia jenayah. Mawar dibesarkan oleh Iskandar sendiri, sementara Dahlia malangnya menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia, di bawah pengawasan ketat Maria dan Raz.

Dalam perjalanan ceritanya, apabila hubungan cinta antara Mawar dan Daniel berhadapan masalah, Mawar mendapati dirinya kembali kepada cinta lamanya, Rio. Pada masa yang sama, Dahlia berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan dana bagi rawatan buah pinggang Maria yang memerlukan. Kesempatan muncul apabila Mawar menawarkan sejumlah wang sebanyak RM200 ribu kepada Dahlia untuk menyamar sebagai dirinya dan tinggal bersama Daniel, sementara Mawar bercuti bersama Rio.

Namun, perasaan Dahlia mula berubah apabila dia jatuh hati kepada Daniel. Apabila rahsia tersebut terbongkar, Daniel memilih untuk meninggalkan Mawar. Selepas kehilangan Maria yang meninggal dunia, Dahlia memilih untuk membawa diri ke arah kehidupan yang baru.