Bersiaplah untuk menyaksikan sebuah filem 'spoof' yang diinspirasikan daripada filem Malbatt: Misi Bakara. Filem ini diberi tajuk 'Martabat: Misi Berdarah' dan akan mula ditayangkan di pawagam pada 12 Jun 2025. Karya komedi aksi ini adalah hasil arahan pertama Zahiril Adzim bersama dengan Adrian Teh. Filem ini menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Fad Bocey, Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Emma Maembong, Iedil Putra dan ramai lagi yang pasti akan menghiburkan anda.
Martabat: Misi Berdarah
Genre: Komedi Aksi
Tarikh Tayangan: 12 Jun 2025
Penulis Skrip: Zahiril Adzim, Rayza Mukmin, Aloy Paradoks, Adrian Teh, Taqim Zaki
Pengarah: Zahiril Adzim, Adrian Teh
Produksi: Act 2 Pictures Sdn Bhd
Senarai Pelakon Dan Watak
Zahiril Adzim
Fad Bocey
Shiqin Kamal sebagai Azza
Nafiez Zaidi sebagai Fad
Elvina Chua sebagai Emma
Amerul Affendi sebagai Bro Safwan
Michael Ang sebagai Pengarah Fabian
Anas Ridzuan sebagai Tony
Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Dato' Amerul
Emma Maembong sebagai Elvina
Nelissa Nizam sebagai Shiqin
G Theebaan sebagai Mak Henley
Dafi Ismail Sabri sebagai Dafi
Tony Eusoff sebagai Namron's Brother
Fabian Loo sebagai Theebaan
Safwan Nazri sebagai Bob
Namron sebagai Pak Anas
Henley Hii sebagai Michael
Sinopsis Martabat Misi Berdarah
Sebuah kumpulan pelakon tambahan yang bercita-cita tinggi, mereka berusaha habis-habisan untuk meraih populariti. Dengan harapan untuk sekurang-kurangnya mendapat watak yang lebih besar di Malaysia, mereka melalui pelbagai cabaran yang tidak dijangkakan.
Mereka mengharungi pelbagai rintangan dan situasi komedi yang tidak diduga. Setiap pelakon mempunyai keunikan tersendiri, dan ini menjadikan perjalanan mereka lebih menarik dan penuh warna. Di sebalik segala keletihan dan pengorbanan, mereka belajar banyak tentang persahabatan dan semangat juang.
Adakah mereka berjaya mencapai impian mereka? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan luar biasa ini, jangan lupa untuk menonton filem ini di pawagam terdekat. Tonton video trailer di: https://www.youtube.com/watch?v=mvkywGso0sY