Sinopsis Filem Laknat

Posted on by
Sinopsis Filem Laknat - Imej utama
Tontonlah filem Laknat, sebuah karya seram psikologi yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar, yang akan menghantui panggung wayang di seluruh negara bermula 5 Jun 2025. Filem ini diarahkan oleh pengarah berbakat, Saw Teong Hin dan diterbitkan oleh Real Films dengan kerjasama Tutan Entertainment. Diedarkan dengan penuh bangga oleh D’Ayu Pictures, naskhah ini menampilkan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Puteri Balqis, Jalil Hamid, Noorkhiriah, Mila Mohsin dan ramai lagi.

Laknat

Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 5 Jun 2025
Penulis Skrip: Nirraut Sawbaqyah
Pengarah: Saw Teong Hun
Produksi: Real Films & Tutan Entertainment

Senarai Pelakon Dan Watak

Aeril Zafrel sebagai Luth
Puteri Balqis sebagai Laila
Jalil Hamid sebagai Jalis
Amerul Affendi sebagai Murtaza
Naque Ariffin sebagai Nafis
Noorkhiriah sebagai Wani
Mila Mohsin sebagai Murni
Ismail Yaacob sebagai Imam Haswa
Umie Aida
Sofia Jane

Sinopsis Laknat

Laknat membawa kita menyusuri kehidupan Luth (lakonan Aeril Zafrel) yang masih dirundung kesedihan selepas kehilangan adik perempuannya yang tercinta, Laila (lakonan Puteri Balqis). Ketenangan Luth diganggu apabila dia terjebak dalam perangkap licik makhluk halus bernama Laqqus.

Dalam keadaan jiwanya yang rapuh, Luth dipengaruhi oleh ilusi dan hasutan jahat sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja, termasuk membuat perjanjian dengan syaitan, demi untuk 'menghidupkan' kembali adiknya dan membongkar kematian tragis yang menimpa. Pencarian Luth tidak hanya mengujinya secara emosi, malah mendorongnya untuk melihat sisi gelap orang di sekelilingnya.

Namun, perjalanan yang diharapkan membuahkan jawapan hanya membawanya semakin hampir ke jurang kehancuran. Laknat mengungkap bagaimana usaha Luth yang penuh harapan itu terpaksa berdepan dengan realiti yang menggoncang jiwanya.

Tonton video trailer di: https://www.youtube.com/watch?v=CFpZ9EBDchM