Nantikan telefilem menarik, Kasih Pintu Belakang, yang bakal menemui penonton pada Isnin, 27 Oktober ini, tepat jam 9 malam di TV2 dan RTMKlik. Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya.
Kasih Pintu Belakang
Waktu Siaran: Isnin, 27 Oktober 2025, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Fida Rohani & Salim Ambardi
Pengarah: Bronco
Pelakon: Adam Shah, Dayang Areeda, Suresh Khanna, Malkumari, Adam Furqan
Sinopsis Kasih Pintu Belakang
Zainal dan isterinya, Farah, baru sahaja berpindah ke rumah impian mereka. Kehadiran mereka disambut dengan suasana yang agak pelik apabila jiran mereka, Rajesh, kelihatan dingin dan tidak mesra. Zainal dan Farah mula berasa bimbang dan tertanya-tanya mengapa Rajesh bertindak sedemikian terhadap jiran barunya.Pada setiap pertemuan, Rajesh menunjukkan sikap yang kurang menyenangkan. Sikap panas baran yang ditunjukkan oleh Rajesh sering kali membuatkan Zainal dan Farah berasa kurang selesa. Malah, sikap Rajesh yang tidak memikirkan perasaan jiran-jirannya menambahkan lagi rasa kekok dalam kawasan perumahan tersebut.
Namun, di sebalik kelakuannya yang dingin, tersembunyi satu rahsia tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam hidup Rajesh. Kejadian yang menimpa keluarganya dahulu menyebabkan Rajesh bertindak sedemikian. Apakah rahsia yang menyebabkan Rajesh bersikap dingin? Saksikan telefilem ini untuk mengetahui lebih lanjut.
