Drama Hilang Kasyorga

Posted on by
Drama Hilang Kasyorga - Imej utama
Jangan ketinggalan untuk menonton drama bersiri terbaru, Hilang Kasyorga yang bakal menemui penonton mulai 23 Jun 2025. Drama ini akan bersiaran setiap hari Isnin pada jam 11 malam menerusi saluran DEGUP (Unifi TV, Channel 120). Mengangkat tema kekeluargaan dan suspense thriller, siri ini terdiri daripada 6 episod dan menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Kamal Adli, Nabila Huda, Adra Mikayla, Luqman Hafiz, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

Hilang Kasyorga

Episod: 6
Tarikh Tayangan: 23 Jun 2025
Waktu Siaran: Isnin, 11:00 malam
Rangkaian: DEGUP (Unifi TV Originals)
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd

Senarai Pelakon Dan Watak

Kamal Adli sebagai Rodi 
Wan Adra Mikayla sebagai Kasyorga
Nabila Huda sebagai Datuk Zaza
Luqman Hafidz sebagai Reza
Azhar Sulaiman sebagai Pak Bakar
Arfie Shah sebagai Ram
Hariz Hamdan
Ellie Suriaty
Abdul Khaliq
Hafizzuddin
Fadilah Mansor

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Biar Aku Tahu
Penyanyi: Aepul Roza

Sinopsis Hilang Kasyorga

Cerita ini berkisar tentang seorang kanak-kanak jalanan bernama Kasyorga, yang dilakonkan oleh Adra Mikayla. Kasyorga tiba-tiba hilang secara misteri ketika sedang bermain bersama rakan-rakannya. Kehilangannya ini menimbulkan kekecohan dan kebimbangan dalam kalangan komuniti setempat. Terutama sekali, bapa angkatnya, Pak Bakar yang dilakonkan oleh Azhar Sulaiman, amat terkesan dengan insiden ini. Dia kemudiannya meminta pertolongan dari jirannya, Rodi, yang dimainkan oleh Kamal Adli. Rodi merupakan seorang bekas pembunuh upahan, dan dia bersetuju untuk membantu mencari Kasyorga yang hilang.

Di samping pencariannya, Rodi juga menerima tugasan yang membawanya ke dalam dunia orang kaya raya di kota, di mana dia perlu membunuh seorang ahli perniagaan yang terkenal, Datuk Zaza yang dilakonkan oleh Nabila Huda. Datuk Zaza terlibat dalam skandal seks yang besar bersama pemandu dan pembantu peribadinya, Reza, watak yang dibawakan oleh Luqman Hafiz.

Dalam proses penyiasatan ini, Rodi mendapati dirinya terjerumus ke dalam dunia gelap yang penuh dengan skandal, sindiket pemerdagangan manusia, dan penjenayah kejam yang menyembunyikan niat jahat di sebalik wajah baik. Dalam misi menyelamatkan Kasyorga, Rodi terpaksa berdepan dengan bayang-bayang masa silam dan membuat keputusan sukar yang boleh menentukan antara hidup dan mati seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.