Saksikan adaptasi menarik dari novel terkenal "Gantung" hasil karya Nadia Khan yang dinanti-nantikan. Kini, ia dihidupkan semula dalam bentuk filem dengan judul "Gantung: Musketeer Code", yang akan mula ditayangkan pada 5 Jun 2025. Adaptasi ini bukanlah yang pertama kerana sebelumnya ia pernah dipersembahkan dalam bentuk drama bersiri sekitar tahun 2018. Kali ini, ia akan menghiasi layar perak dengan kembali menampilkan pelakon asal seperti Ikmal Amry, Hafreez Adam, dan Brandon Salim dari Indonesia. Namun, watak Gibbs dan Farah yang dahulunya dilakonkan oleh Randy Pangalila dan Mentari de Marelle kini akan dibawakan oleh Ben Amir dan Shazia Rozaini.
Gantung: Musketeer Code
Genre: Seram / Misteri
Tarikh Tayangan: 5 Jun 2025
Penulis Skrip: Nadia Khan
Pengarah: Nadia Khan
Produksi: Neddo Works
Watak Pelakon
Ikmal Amry sebagai Khalil / Raymond
Ben Amir sebagai Gibran (Gibbs)
Brandon Salim sebagai Kevin Jeremy (KJ)
Hafreez Adam sebagai Jailani (Troll)
Shazia Rozaini sebagai Farah
Gita Sucia sebagai Ratna
Taufiq Hanafi sebagai Sofil
Nelissa Nizam sebagai Sara
Bront Palarae sebagai Rudy
Sofia Jane sebagai Mrs de Silva
Chew Kin Wah sebagai Pengetua
Sangeeta Krishnasamy sebagai Ms Katherine
Sharifah Sofia sebagai Puan Nisa
Syean sebagai General Tan
Amanda Ang sebagai Mrs Tan
Anas Ridzuan sebagai Jimmy Kecoh
Nadiya Nisaa sebagai Zahirah
Siti Saleha sebagai Sally
Ezzanie Jasni sebagai Laila
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Raja Disini
Artis: SUAV / Aidit Alfian
Sinopsis Gantung: Musketeer Code
Khalil, seorang pengarah filem yang berjaya, menerima panggilan yang tidak dijangka daripada Farah, bekas rakan sekolahnya. Farah mendesak Khalil untuk kembali ke sekolah lama mereka atas permintaan menyelesaikan beberapa perkara yang belum selesai. Kenangan Khalil kembali ke masa lampau, mengenang tragedi yang menimpa 10 tahun lalu di sekolah tersebut. Ketika itu, Khalil bersama tiga sahabatnya yang lain, Gibbs, KJ, dan Troll, dituduh sebagai penyebab kematian seorang rakan sekelas mereka, Ratna. Ratna telah mengakhiri hidupnya dengan cara yang tragis, menggantung diri dalam auditorium sekolah, meninggalkan persoalan dan misteri yang akhirnya perlu dirungkai.
Tonton video di : https://www.youtube.com/watch?v=KI46-SAIo5o