Filem animasi tempatan yang dinanti-nantikan, Ejen Ali The Movie 2, akan menemui penonton di pawagam pada 22 Mei 2025. Filem ini merupakan hasil kolaborasi antara WAU Animation, Primeworks Studios dan Komet Productions, menjanjikan pengalaman menonton yang mengasyikkan dengan jalan cerita yang penuh aksi.
Ejen Ali The Movie 2
Genre: Animasi
Tarikh Tayangan: 22 Mei 2025
Pengarah: Usamah Zaid
Produksi: Wau Animation
Pelakon Suara
Ida Rahayu meminjamkan suaranya kepada watak Ali Ghazali / Comot / Satria
Noorhayati Maslini sebagai Alicia/ Kid 2
Shafiq Isa sebagai Bakar / Ganz / Razman / Rajesh / Penyampai Berita / Pirate #2
Azman Zulkiply sebagai Rizwan / General Rama
Lagu Tema (OST)
Penjuara - Hael Husaini
Hanya Kamu - M. Nasir
Teman Sejati - Nidji
Sinopsis Ejen Ali The Movie 2
Ali kini diberikan amanah besar untuk mengendalikan Projek Satria, yang bertujuan melahirkan generasi baru ejen MATA yang cekap dalam semua empat Teras MATA: Tekno, Neuro, Inviso, dan Kombat. Projek ini adalah langkah penting dalam mengembangkan keupayaan ejen-ejen muda melalui latihan intensif dan teknologi canggih.
Satria, suit berperisai yang dinamik, direka dengan data pertempuran ejen-ejen terhebat MATA, dan dapat menyesuaikan diri dengan menggunakan teknologi ferrofluid untuk menghasilkan senjata khas sesuai dengan keperluan misi. Suit yang dibina dengan teknologi AI ini direka untuk meningkatkan kecekapan fizikal serta mental ejen semasa melaksanakan operasi sulit.
Alicia, sebagai ejen MATA, telah diberikan tugas baru sebagai pemakai IRIS selepas Ali. Perubahan peranan ini mungkin akan menguji persahabatan mereka. Adakah pemindahan IRIS ini bakal merubah hubungan mereka dan menimbulkan konflik baru?
Keadaan bertambah genting apabila Neonimus, seorang penggodam misteri, kembali mengancam kestabilan bandar Cyberaya. Nampaknya, tindakan Neonimus ini seolah-olah serangan peribadi terhadap Ali. Namun, siapakah di balik topeng Neonimus dan apakah sebenarnya niat di sebalik serangan ini?
Di tengah-tengah konflik yang semakin memuncak, muncul Rizwan, bekas ejen MATA, bersama dua penjahat, Dos dan Trez, yang pernah menjadi pengikut setia Uno. Persoalannya, apakah Rizwan yang dahulu menyokong Ali kini berpaling tadah demi menyelesaikan dendam lama?
Demi memastikan keselamatan Cyberaya terjamin, agensi rahsia MATA memperkenalkan barisan Ketua Teras baru yang terdiri daripada Ejen Amir (Neuro) dan Ejen Elle (Inviso), didukung oleh pemimpin berpengalaman seperti Ejen Dayang (Tekno) dan Ejen Ganz (Kombat). Dengan perubahan besar dalam barisan kepimpinan ini, adakah Neonimus akan melihatnya sebagai peluang untuk melancarkan serangannya?
Jangan lepaskan peluang untuk menonton video trailer di: https://www.youtube.com/watch?v=5nD1LWmAeKc