Drama bersiri yang bertajuk 'Dzikir' ini adalah sebuah lagi hasil terbitan Country & Universal yang bakal menemui penonton bermula 19 Mei 2025. Ia akan disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6 petang di saluran Astro Prima. Bagi yang tidak dapat menonton di televisyen, anda juga boleh menikmati drama ini melalui platform Astro One dan sooka. Drama ini diterajui oleh pengarah berbakat, Harris Fadzillah, dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Keith Foo, Fikry Ibrahim, dan Cahaya Nilam sebagai bintang utama.
Dzikir
Episod: 30
Tarikh Tayangan: 19 Mei 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Astro Prima / Astro One / sooka
Penulis Skrip: Azlina Pa'wan
Pengarah: Harris Fadzillah
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Senarai Pelakon Dan Watak
Fasha Sandha sebagai Dzikir
Keith Foo sebagai Tuan Kamil
Fikry Ibrahim sebagai Azhar
Cahaya Nilam sebagai Suhana
Anne Abdullah
Zarina Zainuddin
Zulkifli Ismail
Fadilah Mansor
Amanda Misbun sebagai Rina
Cahaya Nilam sebagai Suhana
Tisya Ong
Mak Engku
Sinopsis Dzikir
Kisah hidup Dzikir dan Azhar yang penuh dengan pelbagai cabaran bertambah rumit apabila Azhar tiba-tiba hilang tanpa jejak. Dalam situasi yang mencemaskan ini, Dzikir mengambil keputusan untuk mencari rezeki dengan bekerja di rumah Tuan Kamil. Beliau diberikan amanah yang besar iaitu mengasuh anak Tuan Kamil yang menghidap autisme.
Kehidupan Dzikir berubah sama sekali dengan tanggungjawab baru ini, mencipta warna-warni dan konflik yang tidak disangka-sangka. Sepanjang bekerja di rumah itu, Dzikir berhadapan dengan pelbagai situasi sukar yang menuntut kesabaran dan ketabahan luar biasa.
Siri 'Dzikir' mengangkat tema kasih sayang dan pengorbanan yang sering kali diuji dengan pelbagai dugaan hidup. Drama ini bukan sahaja menyentuh perasaan, malah memberi perspektif baru terhadap cabaran kehidupan seharian yang dihadapi oleh setiap insan.