Blok B2: Geng Hantu Multi Kaum
Waktu Siaran: Rabu, 26 November 2025, 9:00 malam Rangkaian: TV2 / RTMKlik Penulis Skrip: Adilla Shauri & Ramlah Rashid Pengarah: Khairul Anuar Mat Noor Produksi: AZ Signs Marketing Sdn BhdSenarai Pelakon Dan Watak
Mak Kiah Ferry Fajar sebagai Opah Bongkok Serra Kamal sebagai Wani Kashika Selvam sebagai Sonia Cora Waybin sebagai Trish Lin Allyna Wong sebagai Evelyn Chia NS Nishalini sebagai Hantu Saree Ching Ching Ash Dee sebagai Hantu Kacuk Berbunga Glamorique Arshad sebagai Hantu Vampire JermanSinopsis Blok B2 Geng Hantu Multi Kaum
Kisah ini menceritakan pengalaman seram yang dialami oleh empat pelajar asrama yang datang daripada pelbagai latar belakang budaya yang berbeza. Mereka ditempatkan dalam asrama yang sama dan terpaksa berdepan dengan gangguan hantu yang sering menghantui tempat tersebut. Walaupun pada mulanya mereka mengalami pelbagai konflik akibat perbezaan budaya, namun mereka menyedari bahawa mereka perlu bersatu untuk mengatasi cabaran ini.Dalam usaha mereka menghadapi ketakutan yang tidak terduga ini, keempat-empat pelajar ini mula menyedari bahawa kekuatan sebenar terletak dalam persahabatan yang erat dan kerjasama yang jitu. Mereka belajar untuk saling memahami dan menghormati satu sama lain walaupun berlainan budaya. Persahabatan mereka menjadi semakin kukuh apabila mereka saling bergantung untuk mencari jalan keluar dari situasi yang menakutkan itu.
Menerusi pengalaman yang penuh debaran dan lucu ini, pelajar-pelajar tersebut mendapati bahawa perpaduan adalah kunci utama untuk mengatasi segala rintangan. Kisah ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga menyampaikan mesej yang mendalam tentang pentingnya keharmonian dalam kepelbagaian. Saksikan bagaimana mereka mengharungi semua ini dalam 'Blok B2: Geng Hantu Multi Kaum'.
