Saksikan telefilem istimewa sempena Aidiladha yang diberi tajuk 'Bilal dan Abah', dibintangi oleh Azhan Rani dan Ummi Nazeera. Tayangan akan bermula pada 8 Jun ini pada jam 9 malam di saluran TV Alhijrah.
Bilal dan Abah
Waktu Siaran: Ahad, 8 Jun 2025, 9:00 malam
Rangkaian: TV Alhijrah
Penulis Skrip: Azal Ezreen
Pengarah: Mohd Fazli Yahya @ Pali Yahya
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
Pelakon: Azhan Rani, Ummi Nazeera, Harun Hashim, Luqman Hafidz
Sinopsis Bilal dan Abah
Kisah ini mengisahkan seorang pemuda bernama Bilal bin Hashim yang merupakan seorang autisme. Dia berhasrat untuk melaungkan azan di Mekah kerana sangat mengagumi keperibadian sahabat Rasulullah SAW, Saidina Bilal bin Rabah. Bilal berusaha dengan menconteng wajahnya menggunakan debu arang demi menyerupai Saidina Bilal yang berkulit hitam.Bilal bin Hashim tidak mengenal erti putus asa dalam mengumpul wang untuk menunaikan umrah. Dia rajin mengutip tin kosong dan menjual hasil usaha itu untuk mencapai impiannya. Namun, usahanya sering diperlekehkan oleh penduduk kampung yang mentertawakannya.
Dalam pada itu, usaha Bilal untuk melaungkan azan di surau tempatan juga tidak diterima dengan baik atas alasan suaranya yang dianggap sumbang. Walaupun begitu, semangatnya tidak pernah luntur dalam mengejar cita-citanya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.