Nantikan sebuah drama adaptasi yang diambil daripada novel terkenal karya Rissa Ahdiya, "Bahagia Yang Tertangguh," yang bakal menemui anda di kaca televisyen. Drama ini akan disiarkan di slot MegaDrama bermula 17 November 2025, dan anda boleh menontonnya setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di Astro Ria. Alternatif lain, anda boleh juga menstrimnya melalui Astro GO dan sooka.
Bahagia Yang Tertangguh
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 17 November 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO, sooka
Penulis Novel: Rissa Ahdiya
Penulis Skrip: Oka Aurora
Pengarah: Osman Ali
Produksi: iFAME
Senarai Pelakon Dan Watak
Nad Zainal sebagai Nurin Hana
Kamal Adli sebagai Armin
Izzue Islam sebagai Zakwan
Mimi Ernida sebagai Azrin Sofea
Rozita Che Wan sebagai Juriah
Riz Amin sebagai Saleh
Iqbal Riezky sebagai Fahri
Norreen Iman
Adrean Mateen sebagai Raiqal
Rosnah Johari sebagai Rahimah
Muaz Fitri
Nina Juren
Sinopsis Bahagia Yang Tertangguh
Selama lapan tahun, Nurin Hana hidup dalam serba kepayahan dan tekanan di bawah penguasaan keluarga mentuanya. Dia terpaksa menelan kepahitan dibuli oleh ipar-duai dan seringkali tidak dibenarkan pulang beraya di kampung sendiri. Lebih menyedihkan, suaminya Zakwan, yang lebih memihak kepada keluarganya, memintanya membayar sewa rumah mereka. Cinta Hana pada Zakwan tetap utuh walaupun layanan buruk diterimanya.
Namun, segalanya berubah apabila Hana menemukan bukti kecurangan Zakwan dengan seorang janda menawan bernama Azrin Sofea. Penghinaan demi penghinaan yang diterima akhirnya tiba ke kemuncaknya apabila Zakwan menceraikannya dengan talak, seolah-olah memutuskan segala ketaatan dan kesetiaan Hana selama ini. Walaupun hatinya hancur, Hana memutuskan untuk bangkit demi masa depan anaknya yang tersayang, Raiqal.
Zakwan, yang mula merasai kehilangan dan diselubungi rasa bersalah, kembali merayu kepada Hana untuk rujuk semula demi anak mereka. Pada masa yang sama, Armin, seorang lelaki yang ikhlas ingin menyinari dan memberi cinta baru kepada Hana, hadir dalam hidupnya. Kini, Hana berada dalam dilema. Adakah dia harus kembali kepada Zakwan yang telah mengkhianatinya, membuka hati kepada Armin yang menjanjikan kebahagiaan, atau memilih untuk hidup sendiri demi memastikan hatinya selamat dari dilukai lagi?
