Saksikan drama terbaru '40 Sahaja' yang kini disiarkan secara eksklusif di Do Drama, sebuah platform OTT tempatan yang menampilkan drama pendek dalam format menegak. Anda boleh memuat turun aplikasi Do Drama di App Store dan Google Playstore untuk menonton.
40 Sahaja
Episod: 60
Tarikh Tayangan: 13 November 2025
Platform Penstriman: Do Drama
Pengarah: Vesyee
Senarai Pelakon Dan Watak
Efraim sebagai Nazir
SYUE sebagai Sofea
Mizy Razuan sebagai Aziz
Puteri Wawie sebagai Lina
Tracy Jantom sebagai Diana
El-Umar Mukhtar sebagai Edy
Suzana sebagai Ibu Mertua
Fieq Firdaus sebagai Zaki
Carolyne Kamba sebagai Suzana
Alya Amani sebagai Elaine
Aria sebagai Shalini
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Hanya Ada Aku
Penyanyi: Danial Zain
Komposer: Muhd, Hanna Shannon, CJ
Lirik: Danial Zain
Sinopsis 40 Sahaja
Kisah bermula dengan perjalanan Sofea, seorang wanita yang baru sahaja mencecah usia 40 tahun, menghadapi ujian besar dalam hidupnya. Dia ditinggalkan sehelai sepinggang selepas penceraian, tiada harta, dan terjejas maruahnya. Lebih mengejutkan, pada hari yang sama, bekas suaminya memilih untuk berkahwin dengan sahabat baik Sofea, seseorang yang selama ini menjadi tempat dia meluahkan segala isi hatinya. Persoalan mula timbul, apakah hubungan antara mereka sudah mula terjalin sebelum perceraian terjadi?
Kehidupan Sofea yang berantakan dan penuh fitnah itu memaksa dia untuk bangkit semula. Dalam luka yang masih belum sembuh, dia membuat keputusan besar untuk mengubah nasibnya. Sofea memilih untuk menerokai dunia baru sebagai seorang livehost media sosial, menjadikannya terkenal di seluruh negara.
Perjalanan Sofea dalam mencari makna sebenar kehidupan dan kekuatan diri ini pasti menyentuh hati penonton. Saksikan bagaimana dia menghadapi cabaran demi cabaran dan membuktikan bahawa usia hanyalah angka dalam mencipta kebahagiaan dan kejayaan.
